BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 12, 2010

Sumbangan Web 2.0 dalam pembangunan blog.

Assalamu'alaikum buat semua pengunjung dan "followers" blog ini.

Sambungan mengenai web 2.0.

5.0 Sumbangan Web 2.0 dalam pembangunan blog.

Web 2.0 telah memberikan banyak sumbangan kepada pengguna. Antara sumbangan yang web 2.0 dalam dunia teknologi ialah memudahkan sesorang pengguna talian (online) menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dengan lebih mudah tanpa perlu menaip atau menghasilkan kod-kod HTML atau Javascrip yang agak merumitkan.

Selain itu, ia memudahkan pengguna meletakkan atau memindahkan sesebuah reka letak (widget) di ruang yang telah tersedia.

Sumbangan web 2.0 juga termasuk memudahkan pengubahsuaian web oleh seseorang walaupun tanpa memiliki kepakaran menggunakan perisian-perisian tertentu. Pengubahsuaian tersebut juge lebih bersifat pemindahan data dalam talian dan pengurusan berasaskan paparan pengguna.

Web 2.0 juga memberi sumbangan yang besar kepada blogawan dengan memudahkan para blogawan mengendalikan blog mereka. Para blogawan tidak lagi perlu menggunakan perisian-peisian pembangun web berasingan untuk menghasilkan sesebuah reka letak kerana semuanya telah tersedia. Dengan itu, blogawan boleh memberikan fokus kepada konten blog mereka dengan lebih utama.

Rujukan:
Khairul Aizam Mohamad (2009), Blog: Bawa Pemikiran Anda Ketengah, hal 58. Kuala Lumpur, Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Web 1.0 V/S Web 2.0

Assalamu'alaikum buat semua pengunjung dan "followers" blog ini..
Sekadar sebuah perkongsian maklumat.
PERBEZAAN WEB 1.0 BERBANDING WEB 2.0
 Web 1.0 adalah mengenai pembacaan V/S Web 2.0 adalah mengenai penulisan.
 Web 1.0 adalah tentang syarikat V/S Web 2.0 adalah tentang masyarakat.
 Web 1.0 adalah client-server V/S Web 2.0 adalah tentang rakan-rakan.
 Web 1.0 adalah tentang HTML V/S Web 2.0 adalah tentang XML.
 Web 1.0 adalah tentang laman utama V/S Web 2.0 adalah tentang blog.
 Web 1.0 adalah tentang portal V/S Web 2.0 adalah tentang RSS.
 Web 1.0 adalah tentang taksonomi V/S Web 2.0 adalah tentang tag.
 Web 1.0 adalah tentang kabel V/S Web 2.0 adalah tentang wayarless.
 Web 1.0 adalah tentang pemilikan V/S Web 2.0 adalah tentang pemkongsian.
 Web 1.0 adalah tentang IPO V/S adalah tentang perdagangan.
 Web 1.0 adalah tentang Netscape V/S Web 2.0 adalah tentang Google.
 Web 1.0 adalah tentang boring web V/S Web 2.0 adalah tentang aplikasi web.
 Web 1.0 adalah dialup V/S Web 2.0 adalah broadband.
 Web 1.0 adalah mengenai kos hardware V/S Web 2.0 adalah mengenai kos bandwith.

Rujukan;
http://joedrumgoogle.com/blog/2006/05/29/web-20-vs-10/">